Followers

Thursday, January 27, 2011

Talam Pandan

Sedap untuk makan petang petang dgn secawan kopi.....



Source: Chef Hanilieza @ fotopages.com

Copy n paste resepi straight dari web Chef....

KUEH TALAM PANDAN

Bahan Lapisan Bawah

1 caw tepung beras
1 s/b tepung jagung
1/2 cawan gula
2 cawan santan cair
1 cawan jus pandan & pewarna hijau

Cara
1. Gaul semua bahan, masukkan dalam periuk dan kacau sebentar saja atas api.
2. Masukkan dalam loyang 8 x 8 inci yg telah lapikkan pelastik.
3. Kukus sehingga masak [20 minit].

Bahan Lapisan Atas
1 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat + sket garam

Cara
1. Gaul semua bahan dan tapiskan.
2. Masakkan sikit atas api. Kacau rata sekejap saja.
3. Cakarkan permukaan lapisan bawah dengan garfu.
4. Tuangkan perlahan2 keatas lapisan bawah.
5. Kukus sehingga masak [20 minit].
6. Sejukkan betul-betul baru dipotong.




,

Tuesday, January 25, 2011

Cream puff



Puff:
resepi dari Yani (MYR)
copy n paste straight dari web Yani utk mengelakkan tersalah type...

Bahan-bahan ( 10 biji )

  • 100ml air
  • 45g butter-suhu bilik, potong 1cm
  • 60g tepung gandum- diayak
  • 2 biji telur(100g)

Cara-cara

  • Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih berncampur.
  • Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
  • Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
  • Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
  • Masukkan telur, kacau cepat-cepat
  • Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang seperti dalam gambar. Anggaran diameternya ialah 5cm.
  • Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
  • Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.
  • Cara buat kastard krim boleh rujuk di sini atau di sini
  • Bentuk nozzle yang diguna untuk buat cream puff. Saiznye adalah 1 cm
  • *UPDATE* Boleh juga guna cara ni. Lepas step 4, masukkan doh tepung ke dalam bowl. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul dengan mixer.



Resepi untuk cream kastard:
Resepi dari Yani (MYR)

Bahan-bahan ( lebih kurang 300ml )

  • 1 sudu besar tepung
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 4 sudu besar gula
  • 200cc(1 cup) susu segar
  • 1 biji telur (L size)
  • 1 sudu besar mentega

Cara-cara

  1. Masukkan bahan dari no1 - 3 ke dalam mangkuk. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau jangan ada yang berketul.
  2. Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
  3. Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. Masak sehingga pekat. Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau. Ulang sehingga pekat.
  4. Bila dah siap, masukkan mentega. Kacau.
  5. ** Perhatian: Kalau nak guna hanya kuning telur, gantikan sebiji telur tu dengan 2 biji telur kuning.





...

Monday, January 24, 2011

Puding Roti berkaramel


Jalan jalan blog Hana and famili....terliur tengok puding ni........
Copy n paste resepi dari blog Hana sahaja......minta izin ya Hana..




RESEPI PUDING ROTI KARAMEL EMBUN ROSALIZA
resepi asal : rosaliza@embunkasih
source : lina.pg@teratak mutiara

Bahan-bahan
  • 3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
  • 4 keping roti gardenia
  • 3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
  • 2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam)
  • 1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
  • esen vanilla (1sk)
Cara-cara
  1. Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
  2. Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
  3. Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam) - hana kukus 30min je





...

Sunday, January 23, 2011

Coklat Chip Muffin Nigella Lawson



Source: Food network.com

Ingredients

  • 1 3/4 cups all-purpose flour
  • 2 teaspoons baking powder
  • 1/2 teaspoon baking soda
  • 2 tablespoons best qualitycocoa powder
  • 3/4 cup superfine sugar
  • 3/4 cup semisweet chocolate chips, plus 1/4 cup for sprinkling
  • 1 cup milk
  • 1/3 cup plus 2 teaspoons vegetable oil
  • 1 egg
  • 1 teaspoon pure vanilla extract.


Directions:

Special equipment: Muffin tin with paper muffin cases

Preheat the oven to 400 degrees F.

Put the flour, baking powder, baking soda, cocoa, sugar, and 3/4 cup of the chocolate chips into a large bowl. Pour all the liquid ingredients into a measuring jug. Mix the dry and wet ingredients together, remembering that a lumpy batter makes the best muffins. Spoon into the prepared muffin cases. Sprinkle the remaining 1/4 cup chocolate chips on top and then bake for 20 minutes or until the muffins are dark, risen and springy.