Followers

Sunday, July 31, 2011

blueberry puff

bahan-bahan:

1 paket pastry puff brand kawan.
jem blueberry
whipping cream (hiasan-optional)
gula icing ( sebagai hiasan - optional)

step by step:
1. puff pastry dari Carefour, ada bnyk keping berlapis2 sekeping2.
2. ambil 1, potong dua
3. buat lubang mcm dlm gambar
4. tindankan 2 keping dgn melekatkan menggunakan air.
5. Susun atas baking tray.
6. Bakar pada suhu 180 deg c sampai garing dan keperangan ( mcm dlm gambar)
7. Letak jem blueberry di tengah lubang tu.
8. Masa nk makan, paipkan whipping cream dan di tabur icing sugar.

American Chocolate Cake.

Buat lagi my favorite coklat cake.......


Resepi ini di ambl dari blog kakak kita di Kuantan tu, home sweet home. Memang best la kek ni....sebenarnya dah bnyk kali buat, tapi kali ni baru nak di show dlm blog. Mintak ampun kakak kita ya sebab copy n paste resepi ni.

BAHAN:- (loyang 9 x 9 in/8 x 8 in)
  • 2 cups flour*
  • 2 cups granulated sugar - guna caster sugar
  • 3/4 cups cocoa*
  • 2 tsp baking powder*
  • 2 tsp baking soda*
  • 2 eggs
  • 1 cup of milk (fresh)
  • 1 cup of corn oil
  • 1 tsp vanilla essence
  • 1/2 tsp salt 1 tsp Nescafe, added to 1 cup of hot water
 

Cara;:-
  1. Ayak bahan * sekaligus
  2. Pukul sekejap semua bahan kecuali bahan diayak*, susu dan air. (akak pukul lebihkurang 1 1/2 minit gitu..)
  3. Masukkan bahan yg diayak, air dan susu, kacau kejap dgn senduk kayu.
  4. Bakar dgn preheat oven 170 selama 45 min. (oven akak - 165C sahaja).

Saturday, July 16, 2011

Slice Cheese Cake (Blueberry)

Bahan-bahan ( kek saiz 20cm )

  • 4-5 keping slice cheese
  • 200 ml susu segar
  • 70 gram butter atau marjerin
  • 70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
  • 70 gram gula
  • 4 biji telur saiz M
  • beberapa titik esen vanila

Cara-cara

  1. potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
  2. kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
  3. masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
  4. asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
  5. didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
  6. akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
  7. bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
  8. hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya. 
( sebelum di bakar, akak taruk satu sudu besar blueberry filling di dlm adunan secara rawak).


    Kek Pisang Daisy Cendana Kasih.

     Ini resepi kek dari Cendana kasih....


    Kek Pisang Daisy
    Sumber: cendanakasih

    Bahan-bahan :
    * 2 cawan tepung kek
    *1 sudu kecil baking powder
    * 1/2 sudu teh soda bikarbonat
    * 3/4 cawan gula
    * 2 biji telur (asingkan kuning dan putih)
    * 1 1/2 cawan pisang berangan dilenyek
    * 1/2 cawan minyak jagung Daisy
    *1/4 cawan susu segar/cair
    *1 sudu kecil ovalet
    * sedikit esen vanila/pisang
    * coklat rice untuk ditabur


    Cara-cara
    * Ayak tepung bersama baking powder dan soda bikarbonat
    * Pukul putih telur sampai kental
    * Dalam bekas lain, pukul kuning telur bersama gula hingga kembang
    * Masukkan minyak, susu cair, pisang dilecek dan ovalet. Pukul lagi.
    * Kemudian masukkan esen vanila diikuti dengan tepung sedikit demi
    sedikit
    * Masukkan pula putih telur, sedikit demi sedikit sambil dikaup balik
    (jangan putar dengan mixer, guna spatula jer)
    * Adun rata, kemudian masukkan ke dalam loyang yg dialas dan disapu minyak.
    * Tabur coklat rice dan bakar pada suhu 180’c selama 30-40 minit (bergantung kepada oven)

    hmmm...sedap. inilah hasil bila dah siap