Followers
Sunday, October 9, 2011
Muffin Coklat Mudah Dari Yani
Resepi dari Yani dari MyResepi
Bahan2:
200 gram coklat masakan
70 gram butter
2 biji telur
50g gula halus
60g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
(aku terus guna tepung naik sendiri)
Cara2:
Cairkan coklat masakan secara 'double boiler'.
Setelah cair, masukkan mentega. Setelah mentega cair, kacau sebati dan ketepikan.
Dalam pada tu, bolehlah start panaskan oven anda dlm suhu 170 darjah celcius.
Dalam mangkuk yg lain, masukkan telur & gula. Kacau sehingga sebati. Tak payah pukul sampai kembang pun.
Kemudian, masukkan coklat tadi kedlm mangkuk telur. Gaul rata.
Kemudian masukkan tepung yg sudah diayak sedikit demi sedikit.
Lepas tu, masukkan adunan sehingga 1/2 bekas muffin tu.
Bakar selama 25 minit.
Tq Yani.
Labels:
muffin
Death By Chocolate Cake
Akak copy n paste dari dapur Mamasya
Death By Chocolate Cake
Sumber; Mrs Hidayat @ MyR
Bahan-bahan ( loyang 9" )
* 2 cwn gula (kisar)
* 2 cwn tepung (ayak)
* 3 biji telur grade A
* 1 cwn koko powder
* 1 cwn susu cair
* 1 cwn minyak/ gune butter cair)
* 1 cwn air panas didih
* 1 tsp soda bikarbonat
* 1 tsp baking powder
* 1 tsp esen vanila
* **utk ganache**
* 2 cwn non dairy whipping cream
* 500g cooking chocolate
* 1/8 cwn golden syrup
* ##utk whipped cream
* 1 cwn non dairy whipping cream
Cara-cara
1. tepung +koko powder+soda bikarbonat+baking powder di ayak bersama
2. pukul gula dan telur sampai kembang, tambahkan esen vanila
3. masukkan susu dan minyak/butter cair dlm adunan,kacau sebati
4. masukkan bahan2 yg diayak (cara 1) kedalam adunan. gaul dgn cara kaup balik
5. last skali masukkan air panas..kacau sebati
6. bakar selama 45 minit pd suhu 175-180degree. bule juga kukus slame lebih kurang 1 jam
7. **utk ganache**
8. dlm mangkuk kecil, didihkan whipping cream
9. bila dah didih,padam api...dan masukkan cooking choc. kacau sebati
10. tambahkan golden syrup
11. ambil 1 cwn ganache..bakinya simpan dlm peti sjuk
12. ##utk whipped cream..pukul 1 cwn whipping cream sampai muncul soft peak, kemudian tuangkan 1 cwn choc ganache yg di ambil dr langkah sblum ini. kacau sebati
13. kek yg dah siap..di potong tgh2. sapukan dgn whipped cream dari step di atas.kemudian lapiskan dgn kek yg separuh lg..sapu hingga menutupi keseluruhan kek.kemudian..simpan dlm peti sejuk lebih kurang 30 minit.
14. ambil kek yg dh disapu whipped cream td,sapukan pula dgn ganache yg kita dh simpan dlm peti(rujuk step 11).simpan semula dlm peti lebih kurang 30 minit
*** Ganache dia akak cuma guna non dairy whipping cream dipanaskan dan campurkan dgn chocolate masakan, letak dlm peti sejuk utk 4 jam, kemudian tuang atas kek, aturkan dgn manik2 masakan.
Labels:
kek,
kek coklat
Subscribe to:
Posts (Atom)