Followers

Thursday, April 15, 2010

American Chocolate Cake

Memang sangat sedap kek ini. Kek ini agak besar. Tapi saya guna loyang 8 x 8 inci.....meninggilah pulak keadaannya. Terbaik pakai loyang 9 x 9 inci.


Resepi ini di ambl dari blog kakak kita di Kuantan tu, home sweet home. Memang best la kek ni....sebenarnya dah bnyk kali buat, tapi kali ni baru nak di show dlm blog. Mintak ampun kakak kita ya sebab copy n paste resepi ni.

BAHAN:- (loyang 9 x 9 in/8 x 8 in)
  • 2 cups flour*
  • 2 cups granulated sugar - guna caster sugar
  • 3/4 cups cocoa*
  • 2 tsp baking powder*
  • 2 tsp baking soda*
  • 2 eggs
  • 1 cup of milk (fresh)
  • 1 cup of corn oil
  • 1 tsp vanilla essence
  • 1/2 tsp salt 1 tsp Nescafe, added to 1 cup of hot water

Cara;:-

  1. Ayak bahan * sekaligus
  2. Pukul sekejap semua bahan kecuali bahan diayak*, susu dan air. (akak pukul lebihkurang 1 1/2 minit gitu..)
  3. Masukkan bahan yg diayak, air dan susu, kacau kejap dgn senduk kayu.
  4. Bakar dgn preheat oven 170 selama 45 min. (oven akak - 165C sahaja).

Cinnamon Roll Bread

Semalam dan hari ni....2 hari buat roti ni...Luqman suka dan tak cukup semalam. Ayah dan ibu tak merasa roti ni. Jadi buat lagi today.

Resepinya seperti di bawah ni:

Bahan Doh :-)
200 g tepung roti (high-protein flour)
50 g tepung halus (Hong Kong Flour)
2 sudu besar gula halus (gula kastor)
5 g garam
2 sudu besar susu tepung
1 biji telur gred A, dipukul sedikit
2 sudu kecil instant yeast
40 g margerin
190 ml air suam

Bahan Inti :-)
2 camca besar mentega, dicairkan
1/4 cawan gula perang* ( secukup rasa)
1/2 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*digaul rata)
kismis.

cara cara
CARA MEMBUATNYA :-)
UNTUK DOH :-

  1. Satukan semua bahan2 untuk doh kecuali margerin, uli hingga menjadi doh. Masukkan margerin dan terus menguli 15 - 20 minit hingga mendapat doh yang lembut dan kenyal. Bulat2kan doh, alih dalam bekas besar dan tutup dengan plastic cling dan biar 1 jam atau hingga doh naik sekali ganda.
  2. Keluarkan doh, tumbuk untuk buang udara. Canai sehingga menjadi empat segi, sapu dengan mentega cair, tabur bancuhan gula perang tadi rata2, kemudian tabur kismis. Gulung seperti swiss roll.
  3. Kemudian potong sama besar kepada beberapa bahagian, susun atas loyang yang telah disapu dengan sedikit mentega dan tekan sedikit biar leper (umiluqman letak dalam paper cup saiz besar).
  4. Rehatkan 45 minit dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C, selama 15 - 20 minit. Bila masak, sapu mentega atas permukaan roti. boleh dihidangkan.
------------------------------------------------------------------------------------------------

Wednesday, December 30, 2009

Puding Karamel berlapis Coklat

Sedap sungguh resepi ini.....lain dari yang lain.....
Ambik resepi dari blog Teratak Impian. Teratak Impian pula ambik dari blog Ummi,
Jadi kita copy sajalah resepinya, agar keshahihannya nyata.

Bahan:-

(A)
1 tin susu cair (*ummi guna Nestle Ideal)
5 sudu bear gula
3 biji telor gred A
1 sudu kecil esen vanila

(B)
1 tin susu cair
5 sudu besar gula
3 biji telor gred A
4 sudu besar serbuk koko/1 sudu kecil serbuk nescafe + 1 sudu kecil pes coklat

(C)
2 sudu bear gula - hanguskan dan campur 4 sudu besar air panas
atau boleh guna 2 sudu besar madu - guna madu

Cara Membuat:-

Kacau bahan A dan bahan B dalam dua bekas berasingan. Tapiskan. Panaskan periuk kukusan, masukkan gula hangus atau madu dalam loyang 8 x 8 inci (*ummi guna loyang bulat berdiameter 6" x 3" tggi). Masukkan 1/2 cawan (*ummi letak 3/4 cawan) adunan bahan A dan kukus selama 5 minit atau hingga maska. Bila dah masak, tuangkan pula sukatan yang sama bagi adunan B atas adunan A. Ulang A dan B berselang seli hinga habis. Sejukkan dan terbalikkan ke dalam pinggan hidangan. Potong dan hidang.

Monday, November 9, 2009

Kek Sponge vanilla


Kek sponge vanilla ini di ambil dari resepi chef anuar. Nanti akan diloadkan resepinya.