Followers

Sunday, April 7, 2013

Roti Gulung Cinnamon



Cinnamon rolled guna tepung gandum biasa...
Resepi dapat dari Eyna Haneyna, rakan facebook.
Resepi ini sgt lembut dan kalau dimakan keesokkan hari pun masih lembut. Berasakan kentang.

Resepi di salin dari facebook Eyna:
500gm tepung gandum.
1 sdk baking powder
11 gm yis kering(mauripan)-
gula 3/4 cawan gula halus-
 air 1/2 cawan
1 sdk shortening(optional)
2 biji kentang sederhana-direbus dan dilenyek(bahan wajjib tu dpt roti spt kapas)
1/2 biji telur.
3 sudu besar (penuh) marjerin..@70gm.
60ml air-jika kurang boleh tmbh cikit cikit..kalau dah ok tk perlu tmbh air.

( satukan yg bertanda merah)

cara2-
1. masukkan tepung+baking powder dlm bekas gaul bersama mauripan.
2.masukkan kentang gaul sedikit..
3.masukkan gula bersama air tadi..gaul sebati..
4.masukkan telur..(kalau nk buat roti coklat@pandan,masa ni letak sekali emulco+pewarna 1sdk.)
5. uli dan tambah air sedikit sedikit hingga mendapat doh yg lembut..
6.masukkan shortening n marjerin uli hingga lembut dan sebati serta licin.

biarkan sekali ganda naik..dalam 1/2-1 jam..tutup bekas@balut kain untuk dapatkan haba..-

Keluarkan doh.Tumbuk2 agar angin semua keluar.
Canai dia sehingga setebal 2cm ( ikut suka)
sapu doh yg dicanai dgn margerin.
taburkan gula merah
taburkan serbuk kulit kayu manis.
Gulung
Potong kepada beberapa bahagian.
Aturkan semua di dalam satu bekas/ atas dlm acuan berasing.

Perap sekali lagi sehingga setengah jam~1 jam. Adunan naik 1 kali ganda lagi.
Siap utk di bakar pada suhu 180 degree selama lebih kurang 30 minit.
Siap bakar sapu dgn margerin seklai lagi utk nampak berkilat.

Makan panas panas.

Friday, October 5, 2012

Agar agar Pelangi



Bahan A
10 gm serbuk agar-agar
1cawan gula pasir
1000 ml air
  3 helai daun pandan

Bahan B
10 gm serbuk agar-agar
1 cawan gula pasir
1000 ml santan
secubit garam
3 helai daun pandan.

Pewarna: unggu, biru, hijau, kuning dan merah

 Cara-Cara 
Masak Bahan A sehingga mendidih.
Masak pula Bahan B sehingga mendidih. 
Tuang ke dalam loyang sebanyak 3/4 cwn agar-agar santan (Bahan B). Titiskan pewarna unggu
Tunggu sebentar sehingga ia hampir keras, 

Ambil 3/4 cwn agar agar jarang, warnakan unggu,( guna 1 @ 2 titis saja pewarna). Selesai titiskan pewarna baru dituangkan lapisan kedua di atas lapisan pertama(lapisan santan) tadi. 
Biarkan sehingga hampir keras.
Ulangi proses...agar2 santan, kemudian agar agar jarang, santan semula..dan seterusnya.
Ulangi melapis sehingga agar-agarnya habis digunakan,  Agar-agar yg hendak digunakan itu haruslah berada di atas api yg kecil, supaya ia senantiasa cair dan mudah bila dibancuh dgn pewarna.
Setelah selesai melapisnya, tunggu hingga ia sejuk, barulah didinginkan dalam peti sejuk. Enak dihidangkan dalam keadaan dingin.
.
.

Wednesday, October 3, 2012

Kek Sponge Marble

Kek sponge marble ini sangat senang di buat dengan menggunakan resepi dari Dapur Kak Yah. Tapi kek dari Dapur Kak Yah di lapisi labu....Yang saya buat ni, plain ...cuma diwarnakan saja.


Kek ini sangat gebu, lembut dan tak muak dimakan.


Bahan bahan:
2 cawan tepung sponge mix
4 biji telur
2 biji putih telur
1 sudu teh ovelette
2 sudu besar minyak masak
1/4 cawan air

esen vanila 

coklat emalco dalam 1 sudu besar
pewarna : merah n coklat.

Cara2:

Putar kesemua bahan(kecuali minyak) hingga kembang dan pekat.
Masukkan minyak dan putar seketika biar sebati.


Bahagikan kek kepada 3 bahagian.
 Bahagian pertama plain kaler.
 Bahagian kedua diwarnakan merah
 Bahagian ketiga ditambah coklat emalco.

Belangkan adunan mengikut citarasa.
Bakar kek selama 1jam dengan suhu 180C  (bergantung kepada oven masing-masing). 
(oven saya brand faber, cuma memerlukan 150c saja untuk 1 jam pembakaran)


.
.

Sunday, September 30, 2012

Kerutup Ayam

Hari ini rajin sikit...buat kerutup ayam. Selera semua makan nasi tengahari ni. Terutama anak teruna yang nak pergi kesekolah petang.


Cara cara dan bahan bahan tiru sebiji dari blog Almaraz97.blogspot.com.
Mohon dari Almarz untuk salin semula resepi dia..

Bhn utama:
Separuh ekor ayam, potong besar/kecik2...terpulang ler yer

A: Bhn2 pes kerutup/kerutuk:
3sdb rempah kerutup/kerutuk
*6ulas bwg kecil
*4ulas bwg putih
(*tumbuk/kisar lumat kedua2 bhn ni)
sedikit air

B: Bhn2 tumbuk/kisar:
4ulas bwg putih
1cm halia
1cm lengkuas
------------------

C: Bhn2 tumis:
1btg kulit kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
4 bj buah pelaga
2 btg serai, dititik
--------------------

D: Bhn2 lain:
1cwn santan pekat
3/4 - 1cwn air (atau lebih...ikut ler, kalo nk lebih kuah tmbh le)
3sdb kerisik
1kpg manisan (saiz kecil) -- hat yg ni, kalo ganti gula boleh aje tp rasa tersasar le sket :)
3sdb air asam jawa
garam secukup rasa
------------------------

 Cara:
1. Dlm satu bekas, gaulkan kesmua bhn2 A utk buat pes kerutub/kerutuk. Make sure ia cair sket yek.
2. Panaskan minyak dalam  periuk besar sket, dgn api medium je. Kemudian masukkan kesemua bhn2 C, kemudian bhn2 B. Kacau2 smpai naik bau, tambahkan pes bhn2 A td. Kacau2 lagi. Tumiskan ia dalam 5-7min gitu...iaitu smpai ia naik myk. Bila dh naik minyak (myk dh naik kt lapisan atas), baru ler ada warna kemerah-merahan tu (sama le cam gulai kari kan). Baru menyerlah rupanye tu kan.
3. Pastu, dh naik myk tu baru dimasukkan ayam dan kesemua bhn2 D. Masakkan smpai kuah pekat dan ayam betul2 empuk. Kira2 seminit sblm nk tutup api tu, masukkan cili hijau/merah (cili2 ni tak perlu nk lama masak sbb ia akan lembut masa kuah tu masih panas, tak perlu tggu atas api). Ok, itu aje...siap utk dihidang...nyummmm!


.



Monday, May 7, 2012

whoopie pie @ starbuck

Sambil pegi hantar sanak saudara naik kapalterbang @ LCCT, pekena whoopie pie @ starbuck.

2 rasa: satu sebijik rasa red velvet. Dan satu lagi chocolate. Nak habiskan mcm kenyang la pulak.....






Pekena dgn cappucino dia:




Kepada yg belanja kami....terima kasih banyak banyak....