Followers

Sunday, September 30, 2012

Kerutup Ayam

Hari ini rajin sikit...buat kerutup ayam. Selera semua makan nasi tengahari ni. Terutama anak teruna yang nak pergi kesekolah petang.


Cara cara dan bahan bahan tiru sebiji dari blog Almaraz97.blogspot.com.
Mohon dari Almarz untuk salin semula resepi dia..

Bhn utama:
Separuh ekor ayam, potong besar/kecik2...terpulang ler yer

A: Bhn2 pes kerutup/kerutuk:
3sdb rempah kerutup/kerutuk
*6ulas bwg kecil
*4ulas bwg putih
(*tumbuk/kisar lumat kedua2 bhn ni)
sedikit air

B: Bhn2 tumbuk/kisar:
4ulas bwg putih
1cm halia
1cm lengkuas
------------------

C: Bhn2 tumis:
1btg kulit kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
4 bj buah pelaga
2 btg serai, dititik
--------------------

D: Bhn2 lain:
1cwn santan pekat
3/4 - 1cwn air (atau lebih...ikut ler, kalo nk lebih kuah tmbh le)
3sdb kerisik
1kpg manisan (saiz kecil) -- hat yg ni, kalo ganti gula boleh aje tp rasa tersasar le sket :)
3sdb air asam jawa
garam secukup rasa
------------------------

 Cara:
1. Dlm satu bekas, gaulkan kesmua bhn2 A utk buat pes kerutub/kerutuk. Make sure ia cair sket yek.
2. Panaskan minyak dalam  periuk besar sket, dgn api medium je. Kemudian masukkan kesemua bhn2 C, kemudian bhn2 B. Kacau2 smpai naik bau, tambahkan pes bhn2 A td. Kacau2 lagi. Tumiskan ia dalam 5-7min gitu...iaitu smpai ia naik myk. Bila dh naik minyak (myk dh naik kt lapisan atas), baru ler ada warna kemerah-merahan tu (sama le cam gulai kari kan). Baru menyerlah rupanye tu kan.
3. Pastu, dh naik myk tu baru dimasukkan ayam dan kesemua bhn2 D. Masakkan smpai kuah pekat dan ayam betul2 empuk. Kira2 seminit sblm nk tutup api tu, masukkan cili hijau/merah (cili2 ni tak perlu nk lama masak sbb ia akan lembut masa kuah tu masih panas, tak perlu tggu atas api). Ok, itu aje...siap utk dihidang...nyummmm!


.