Resepinya:
bahan-bahan :
- 2 cawan tepung gandum
- 3/4 cawan serbuk koko
- 2 sk serbuk penaik
- 2 sk serbuk soda bikarbonat
- 1/2 sk garam
- 2 cawan gula perang lembut / soft brown sugar
- 3/4 cawan susu perisa coklat
- 3/4 cawan kopi panas
- 1 cawan air panas
- 2 sk esen vanilla
- 3/4 cawan minyak jagung / minyak sayuran
- 2 sk jus lemon atau cuka
Cara-cara :
- Panaskan oven pd suhu 160C. Sediakan loyang kek yg berukuran 22 sm. Griskan dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung. Seelok2nya dialas dgn kertas minyak.
- Sediakan bekas yg agak besar, ayakkan tepung, serbuk koko, serbuk penaik serta soda bikarbonat di dlmnya. Kemudian masukkan gula dan garam. Kacau rata2.
- Masukkan air kopi, susu perisa coklat, air panas dan esen vanilla. Kacau sebati dgn menggunakan spatula atau senduk kayu.
- Masukkan pula minyak jagung/minyak sayuran. Kacau lagi hingga sebati. Pastikan adunan tidak bergentel. Kalau perlu, tapiskan.
- Akhir sekali, masukkan jus lemon atau cuka. Terus kacau cepat2 hingga rata.
- Kemudian, tuangkan adunan ke dalam loyang. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak. Kepanasan suhu bergantung pd jenis oven yg digunakan.
- Setelah masak, keluarkan kek dari oven dan sejukkan. Hiaskan dgn topping/ganache mengikut citarasa sendiri. Lebih enak dimakan selepas 1 hari.