Dah lama buat bingka roti ini, tapi baru dapat di blogkan sekarang. Sedap...sangat sedap. Terima kasih kepada Kak Ummi Kuantan share resepi bingka roti kukus pandan ini.
Resepi seperti dalam blog kak Ummi:
Bahan:-
* 8-10 keping roti putih (akak guna 9 keping roti Gardenia - x perlu disiat kecil)
* 200 ml santan - (akak guna santan kotak Kara je)
* 200 ml air
* 1 cawan gula (akak letak 3/4 cawan je gula kastor)
* 4 biji telor - (akak buang tali pusatnya)
* 1 sudu teh garam halus
* 1/2 sudu teh pes pandan
* 2 helai daun pandan - disimpul
Cara-Cara:-
1. Dalam mangkuk besar, kacau bersama santan, air, gula, telor, garam dan pes pandan dengan menggunakan whisk sahaja.
2. Kemudian rendamkan kepingan roti ke dalam adunan di atas dan biarkan sekurang-kurangnya 10 minit.
3. Pindahkan kepingan roti yang direndam tadi ke dalam loyang bulat 8 inci (akak sapu dulu loyang dengan sedikit mentega). Tuangkan lebihan adunan juga ke dalam loyang.
4. Letakkan daun pandan yang telah disimpulkan di atas permukaan roti tadi.
5. Sediakan kukusan dan bila air mendidih, kukus bingka selama 15 - 20 minit. (akak balut penutup kukusan dgn kitchen towel agar air kukusan tidak menitis di permukaan bingka).
6. Sejukkan pada suhu bilik sebelum dihidangkan.