Followers

Saturday, April 14, 2012

Colourful Cupcake




Kerana anak anak amat meyukai cupcake dengan buttercream icing, jadi akak buat lagi menggunakan resepi sama macam dulu, "Death to Chocolate Cake" with buttercream

Resepinya:
Resepi dibawah untuk 1 adunan kek. Tapi akak buat 1/2 adunan sahaja.

    * 2 cwn gula (kisar)
    * 2 cwn tepung (ayak)
    * 3 biji telur grade A
    * 1 cwn koko powder
    * 1 cwn susu cair
    * 1 cwn minyak(sy gune butter cair)
    * 1 cwn air panas didih
    * 1 tsp soda bikarbonat
    * 1 tsp baking powder
    * 1 tsp esen vanila

Cara cara:

   1. tepung +koko powder+soda bikarbonat+baking powder di ayak bersama
   2. pukul gula dan telur sampai kembang, tambahkan esen vanila
   3. masukkan susu dan minyak/butter cair dlm adunan,kacau sebati
   4. masukkan bahan2 yg diayak (cara 1) kedalam adunan. gaul dgn cara kaup balik
   5. last skali masukkan air panas..kacau sebati
   6. bakar selama 45 minit pd suhu 175-180degree. bule juga kukus slame lebih kurang 1 jam

untuk buttercream:
1/2 cawan butter
1/2 cawan krimwell
1/3 cawan icing sugar
1 sudu kecil vanilla

Mix semua bahan utk buttercream di atas sampai gebu dan putih. Bila dah kembang dan gebu, buleh tambah pewarna yg hendak di gunakan......kaacau sebati dan siap utk digunakan.

.