Followers

Wednesday, September 29, 2010

Carrot cake


Ummiluqman ambil resepi dari blog teratak impian. Dan blog Hana's Family.
Maaf kak zai ...sy copy paste resepi kak zai. Tp Ummiluqman buat cuma separuh adunan dan acuan yg di gunakan adalah acuan 7 inci x 7 inci...muat muat sj...
sedap resepi ini...tapi anak anak tak suka bau cinnamon. Jadi next time tak buleh letak cinnamon...


Bahan-bahan
  • 3 cawan lobak merah -di parut
  • 4 biji telur
  • 1 1/4 cawan minyak sayur- next time nk kurangkan maybe 3/4cwn@1 cwn memadai- sy letak 3/4 cwn minyak jagung
  • 2 cawan gula- hana kurangkan sbb ltk madu dua sudu. lg sedapp!- sy letak 3/4 cwn brown sugar,1 cwn gula castor dan 1 sudu madu
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan golden raisin
  • 1 cawan walnut- roast & crush- x letak
  • 1 sudu teh garam halus
  • 2 sudu teh soda bikarbonat- hana kurangkan- letak 1 sudu teh
  • 2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh serbuk kayu manis -
Topping/Glazing
  • 1 1/4 cawan gula icing
  • 3 oz creamcheese ( maaf ya, nnti i convert into gm)
  • 1 sudu makan corn syrup ( boleh diganti ngan golden syrup)
  • 1 sudu teh vanilla extract
Cara-cara
  1. Ayak tepung bersama garam, baking powder & soda.
  2. Masukkan pula parutan lobak merah, walnut &raisin kedalam tepung. Gaul rata.
  3. Didalam bekas lain, pukul telur,minyak & gula hingga sebati.
  4. Masukkan campuran telur kedalam campuran tepung dan gaul rata.
  5. Masukkan adunan kedalam loyang 10" yg telah di gris.
  6. Bakar didalam oven yg telah dipanaskan selama 50-60 min pada suhu 175C atau sehingga masak.
  7. Bila sudah masak, keluarkan dah sejukkan dan masukkan kedalam peti sejuk sehingga betul2 sejuk.
  8. Setelah sejuk, boleh dihias dengan creamcheese glazing.
  9. Topping/Glaze- Pukul creamcheese bersama gula icing, syrup dan vanilla extract.
UTK TOPPING hana gune resepi zaliana.- sy pun sama gak cam Hana
50 gm mentega
215 gm krim keju
130 gm gula aising - hana kurangkan
1 camca teh esen vanilla - hana ganti jus lemon
> pukul semua sebati dan sapukan atas kek.

ataupon yg nih! resepi k.nor! sama jerk lbh kurang..
125g creamcheese
60g butter
60g gula - leh kurangkan
sesudu kecil jus lemon - optional
> Pukul semua bhn hingga lembut dan gebu! sapukan ke atas carrot cupcake. kalau tak habih, bleh wat krim apa2 jenis swiss roll cake.