Followers

Wednesday, December 30, 2009

Puding Karamel berlapis Coklat

Sedap sungguh resepi ini.....lain dari yang lain.....
Ambik resepi dari blog Teratak Impian. Teratak Impian pula ambik dari blog Ummi,
Jadi kita copy sajalah resepinya, agar keshahihannya nyata.

Bahan:-

(A)
1 tin susu cair (*ummi guna Nestle Ideal)
5 sudu bear gula
3 biji telor gred A
1 sudu kecil esen vanila

(B)
1 tin susu cair
5 sudu besar gula
3 biji telor gred A
4 sudu besar serbuk koko/1 sudu kecil serbuk nescafe + 1 sudu kecil pes coklat

(C)
2 sudu bear gula - hanguskan dan campur 4 sudu besar air panas
atau boleh guna 2 sudu besar madu - guna madu

Cara Membuat:-

Kacau bahan A dan bahan B dalam dua bekas berasingan. Tapiskan. Panaskan periuk kukusan, masukkan gula hangus atau madu dalam loyang 8 x 8 inci (*ummi guna loyang bulat berdiameter 6" x 3" tggi). Masukkan 1/2 cawan (*ummi letak 3/4 cawan) adunan bahan A dan kukus selama 5 minit atau hingga maska. Bila dah masak, tuangkan pula sukatan yang sama bagi adunan B atas adunan A. Ulang A dan B berselang seli hinga habis. Sejukkan dan terbalikkan ke dalam pinggan hidangan. Potong dan hidang.

Monday, November 9, 2009

Kek Sponge vanilla


Kek sponge vanilla ini di ambil dari resepi chef anuar. Nanti akan diloadkan resepinya.

Thursday, October 29, 2009

Kek coklat tanpa butter


Bahan-bahan ( saiz 20 cm )

  • 2 biji telur
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan gula perang
  • Bahan A
  • 1 sudu kecil vanila
  • 1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
  • 1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe
  • Bahan B
  • 2 sudu kecil sodium bicarbonate
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 2 cawan tepung gandum
  • ==============================

Cara-cara

  1. Pukul telur hingga kembang
  2. Masukkan gula dan pukul lagi
  3. Kemudian masukkan minyak masak
  4. Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
  5. Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak

-

pizza 2

slice cheese cake

Sunday, October 11, 2009

Kek lapis hawflakes (Kukus)


bahan-bahan:
  • 5 biji telor gred A (yang sejuk dari fridge)
  • 225 gm gula halus (ummi just letak 200gm juga)
  • 220 gm tepung gandum/tepung naik sendiri
  • 1 sudu kecil rata baking powder
  • 1 sudu besar ovallette
  • 150 ml susu cair (ummi guna Ideal Nestle)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 100 gm minyak jagung/masak
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • beberapa titis pewarna merah dan hijau
  • asam hawflakes secukupnya
Cara Membuat:-
  1. Ayak tepung dan baking powder kemudian campur kesemua bahan2 di dlm mangkuk mixer kecuali minyak, hawflakes dan pewarna.
  2. Pukul adunan hingga sebati dan gebu. Masukkan minyak jagung/masak dan digaul dgn senduk atau spatula hingga sebati.
  3. Loyang dialas kertas dan sapu minyak. Ratakan adunan pertama dan susun secukup hawflakes di permukaannya dan kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.
  4. Buat hingga habis lapisan seterusnya dan susun hawflakes dan kukus.
  5. Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.
  6. Setelah kek masak, biarkan di dalam loyang selama 10 minit kemudian baru diterbalikkan di atas redai supaya sejuk.
Pesanan kak fida..***untuk membahagikan sama rata setiap lapisan akak ambil 4 senduk lauk dan dibahagi kpd 5 mangkuk dan warnakan. Untuk lapisan terakhir susun hawflakes jika suka...




----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saturday, August 29, 2009

kueh cara

Kueh cara buat berbuka pada Ramadhan ke 4. Tak buat banyak...sebab org yang nak makan cuma 2 orang saja.
Resepi dia nanti kemudian akan di nyatakan.







-------------------------------------------------------------------------------------------------

Friday, August 7, 2009

kek chiffon keladi


.
Kek chiffon keladi ini diambil dari blog MYR, cik Yani kita. Asal resepi dari Cik Mat Gebu.

Resepi ni macam di bawah, copy straight dari resepi Cik Mat(bg mengelakkan tersalah tulis)

Bahan-bahan

( Acuan Chiffon Berukuran 26cm )

  • Bahan A:-
  • 6 kuning telur (gred A)
  • 150 g gula halus
  • 100 ml pati santan (guna santan kotak)
  • 100 ml minyak jagung/masak
  • 70 ml air
  • 225 g tepung gandum*
  • 1 1/2 camca teh baking powder*(*diayak bersama)
  • 1 camca teh perisa keladi
  • 1/2 camca teh pewarna ungu
  • Secubit garam
  • Bahan B:-
  • 6 putih telur (gred A)
  • 135 g gula halus
  • 1/2 camca teh cream of tartar

Cara-cara

  1. Dalam satu bekas, satukan semua bahan A dan kacau dgn wisk hingga semua sebati dan larut. Ketepikan sebentar.
  2. Masukkan putih telur ke dalam mixing bowl, masukkan cream of tartar dan putar pada kelajuan tinggi. Masukkan gula sedikit demi sedikit sambil terus memukul hingga kembang dan kental.
  3. Gaulkan putih telur tadi ke dalam no.1 dgn kaedah "kaup balik" hingga sebati.
  4. Tuang dalam acuan chiffon dan ratakan. Tak payah disapu apa2 pada acuan. Biar macam tu saja. Hentak 2 - 3 kali utk membuangkan ruang2 udara dalam adunan kek tadi.
  5. Bakar dalam oven pada suhu 175C, selama 30 - 35 minit. Bila kek masak, keluarkan dari oven dan terus terbalikkan acuan tadi atas dulang dan biarkan sejuk dalam acuan dalam berkeadaan terbalik.
  6. Bila kek betul2 sejuk, sisip tepi acuan dgn pisau kecil, tanggalkan acuan dan sisip juga bahagian dasar acuan dan boleh alihkan kek ke pinggan. Potong dan hidangkan.

Walaumacamanapun, saya cuma buat 1/2 adunan sahaja, menggunakan acuan chiffon 18 cm. Thank to Cik Mat Gebu for the lovely cake.

Wednesday, August 5, 2009

Bubur Jagung

Bubur jagung manis.





Bubur ni dibuat atas permintaan anak anak.....




------------------------------------------------------------------------------------------------

Buah tangan dari Jepun

Makanan dari Jepun.



Shafiqah telah pulang bercuti dari Tokyo Jepun. Dia sampai di KLIA jam 7.45 malam 28hb Jun 2009. Shafiqah biasa saja...tiada perubahan pada dirinya.....Sayang sungguh tak bawa kamera. Gambar di atas adalah buahtangan pemberian dia sebelum dia meneruskan penerbangan ke K.Bharu pukul 10.35 malam.


Sebenarnya buah tangan dia adalah buah hulu Jepun yang selalu kita makan kat sini, tapi design dia anak ayam. cantik la pula. Rasa dia maintain macam yang biasa kita makan. Sedap....tapi anak anak tak suka.....



-------------------------------------------------------------------------------------------------

Monday, July 27, 2009

kek batik biskut marie

Resepi dari MYR Mrsdayat.

Bahan-bahan ( loyang 7/8" )

  • 1 bungkus (350g) biskut marie
  • Setengah buku butter
  • 2 biji telur
  • 1 cwn serbuk koko
  • 1/2 cwn milo
  • 1 cwn air
  • 3/4 cwn gula
  • ** milo dan koko tu terpulang pd citarasa. nak rase cokelat yg kuat..gune 1 cwn koko+1/2 cwn milo.nak rase yg agak mild,gune 1cwn milo+1/2 cwn koko

Cara-cara

  1. patah2kan biskut
  2. dalam periuk, campurkan koko,milo,air,gula. Dengan api sederhana, kacaukan sampai semua dah larut
  3. masukkan butter,kacau sampai butter cair
  4. kecilkan api, masukkan telur..kacau sampai agak2 pekat (lbh kurang 30 saat).padamkan api
  5. masukkan pula biskut yg dah dipatahkan tadi.kacaukan sampai semua biskut dh di selaputi cokelat.(sukatan biskut terpulang pd citarasa. kalo nak byk cokelat gune sket ajer...)
  6. masukkan dlm loyang..tekan2 sket bg padat.simpan dlm peti sejuk sebelum dipotong dan dihidang


--------------------------------------------------------------------------------------------------

Ayam percik

Buat ayam percik sebab si kecik tak ada selera makan hari ni.
Resepi mak di kampung. Mudah, ringkas sahaja.

bahan-bahannya:
  1. 1/2 ekor ayam yang telah diperap garam+kunyit.
  2. 500 ml santan pekat
  3. 6 ulas bawang merah
  4. 2 hirisan halia
  5. 3 batang serai
  6. garam
  7. gula
Cara-Cara:
Bakar ayam macam biasa.

Bahan bahan no 2 ~5 dimasukkan ke dalam periuk dan masak dgn api sederhana. Sentiasa kacau bagi mengelakkan santan berketul. Bila dah pekat, tambahkan perasa.

Tuangkan keatas ayam yang 1/2 masak dan masih diatas api. Ulang melakukannya setelah setiap lapisan nampak dah masak. Ulang sehingga 3~4 kali atau sehingga ayam sempurna masak.

Sedia untuk dihidang.


-----------------------------------------------------------------------------------------------

Saturday, July 25, 2009

Sira Pisang


Makanan favourite hubby. Kali ni buat banyak. Hubby nak menjamu kawan-kawan dia kat pejabat.

Senang sangat buatnya.

Bahan-bahannya:
  1. 7 ~ 10 biji Pisang
  2. Gula
  3. Air
  4. 3 helai Daun pandan
  5. 10 ~ 15 kuntum cengkih
  6. sedikit pewarna kuning.
Cara-caranya:

1. Buat air gula dgn mendidihkan gula dan air bersama. Sukatan sebenar 1 cwn gula + 2 cwn air Namun semuanya mengikut citarasa masing2.Mungkin ramai yang nak kurang manis demi menjaga kesihatan.

2. Tambahkan daun pandan + cengkih + pewarna kuning.

3. Apabila semua dah bangkit bau, bolehlah di tambah pisang ke dlm periuk. Dgn menggunakan api yang kecil masak pisang sampai empuk. Jangan terlalu lama di takuti pisang terlalu lembik.

4. Siap dan sedia untu di makan. Lebih sedap dimakan sejuk.



------------------------------------------------------------------------------------------------

Friday, July 24, 2009

Roti telur

Budak budak nak makan roti telur saja pagi ini. Nasib baiklah mudah buatnya.

Bahan2:
  1. 6 keping roti gardenia
  2. 3 biji telur bersaiz A
  3. 1/2 camca teh esen vanila
  4. 2 sudu besar minyak untuk mengoreng
  5. Sedikit gula halus untuk taburan.
Cara-cara.
  1. celup telur kedalam telur yang telah dipukul sedikit dan dicampurkan dgn vanila.
  2. Panaskan kuali, minyakkan dia supaya tak melekat.
  3. Goreng telur yang telah di celup telur.
  4. Siap. Taburkan dgn gula halus.


-------------------------------------------------------------------------------------------------

Kek Chiffon Oren



Resepi kek chiffon oren ini di ambl dari blog Cik Mat Gebu. Namun resepi asalnya datang dari Pennsylvania, USA (My Kitchen Snippets). Nama resepi asal Mandarin Orange Chiffon kek.

Resepinya berbunyi di bawah( copy right straight dari blog Mat Gebu....mengelakkan tersalah tulis gitu):

BAHAN A :-)
1 3/4 cawan tepung berserbuk penaik (self-raising flour*
1/8 camca teh garam halus*(*disatukan dan diayak)
6 kuning telur gred A
1/2 cawan gula halus
1 biji oren, diparut kulitnya
3/4 cawan jus oren
1/4 cawan minyak jagung/sayur

BAHAN B :-)
6 putih telur gred A
3/4 cawan gula halus
1 camca teh cream of tartar

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Dalam satu bekas, pukul kuning telur dengan gula hingga larut, masukkan kesemua bahan2 A dan kacau hingga semua sebati. Ketepikan.
  2. Dalam bekas lain yang bersih dan kering, putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus dan cream of tartar, terus memutar dengan kelajuan tinggi hingga putih telur kental.
  3. Ambil 1/2 bahagian putih telur dan gaul dengan no. 1 sehingga rata. Masukkan baki putih telur tadi dan gaul hingga sebati. Taung dalam tin chiffon berukuran 10 inci (JANGAN lenser tin dgn mentega atau minyak), bakar selama 1 jam hingga kek masak. Test dengan mencucuk lidi sate dibahagian tengah kek, jika keluar bersih, kek masak.
  4. Terlungkupkan kek dan biar betul2 sejuk (dalam 1 - 2 jam), baru disisip tepi kek dengan pisau untuk dikeluarkan. Boleh dihidangkan...

Tapi akak buat cuma 1/3 dari adunan di atas.

BAHAN A :-)
1/2 cawan tepung berserbuk penaik (self-raising flour)*
sedikit saja garam halus*(*disatukan dan diayak)
2 kuning telur gred A
1/6 cawan gula halus (guna cwn penyukat saiz 1/3. Gula 1/2 dari cwn tersebut)
1/3 biji oren, diparut kulitnya
1/4 cawan jus oren
1/12 cawan minyak jagung/sayur (guna cwn penyukat saiz 1/8. Guna 3/4 dari cwn tersebut)

BAHAN B :-)
2 putih telur gred A
1/4 cawan gula halus
1/3 camca teh cream of tartar


Semasa bakar, guna acuan chiffon bersaiz 18 cm........kecik saja tu. Sesuai bagi keluarga yang kecik-kecik.





------------------------------------------------------------------------------------------------

Sunday, June 21, 2009

Chocolate Chip muffin


Resepi diambil dari blog Kak Ummizaihadi. Sedap..... anak anak cukup suka. Lepas ni kena buat lagi. Buat 1/2 adunan sj sbb ahli keluarga kecik sj.

Bahan A:-
1 cawan butter (cairkan)
2 cawan susu segar
2 biji telor (pukul sikit)
1 sudu kecil esen vanila

Bahan B:-
3 cawan tepung gandum *
1/2 cawan serbuk koko *
2 sudu kecil baking powder *
1/2 sudu kecil soda bikarbonat * (*ayak bersama 2x)
2 cawan gula perang

choc chips secukupnya (*ummi guna 1 cawan)

Cara Membuat:-
Panaskan oven pada suhu 190 C selama 10 - 15 minit. Sediakan muffin papercup dan letak loyang muffin. Masukkan bahan B dalam mangkuk dan gaul rata. Satukan bahan A dan masukkan ke dalam bahan B, kacau rata guna whisker. Jangan terlalu lama, biar elok sebati je, ok. Sudukan ke dalam muffin cup sehingga 3/4 penuh. Taburkan choc chips atas adunan. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan selama 18 - 20 minit. Sejukkan atas redai..


Thanks Kak Ummi.......dan semua ........



**************************************************************************************************************

Wednesday, June 17, 2009

Kueh Bakar




adunan ni cuma 1/2 sahaja dari asal. Dapat la 2 acuan bunga. Memang best betul kueh bakar ni. Rasa macam yang mak mak buat kat kampung.

Resepi ini di beri oleh seorang kawan, resepi rasanya dia ambil dari internet.

Resepi kueh bakar Kak Saba:

  1. 3 1/2 cwn santan
  2. 5~6 biji telor
  3. 2 cwn gula ( tapi manis sgt 2 cwn tu, sesedap rasa kalau guna 1 1/2 cwn shj)
  4. 1/2 cwn air pandan dari 10 helai daun pandan.
  5. 2 cwn tepung gandum
  6. sedikit bijan
Cara-cara:
  1. Gaulkan sebati semua bahan kecuali bijan.
  2. Tapis adunan.
  3. Bakar 180 deg selama 45 min ~ 1 jam. (preheat oven dulu)
  4. Tabur bijan 1/2 jam membakar. Bakar dgn api bawah dulu selama 1/2 jam pertama. Selepas tu bakar dgn api atas pula.
  5. Kalau tiada pandan, gna 4 cwn santan + 1 susu teh pandan emulco.
  6. Potong kueh bila dah sejuk.



************************************************************************************

Thursday, June 4, 2009

Roti Naik

Versi pink colour



versi yellow colour


Tengok semua orang dah cuba buat roti naik, teringin la cuba juga.
Resepi di ambil dari blog Cik Mat Gebu juga. Best Roti ni sbb memang naik dan sangat gebu.
Anak anak sangat suka. Cik Mat punya resepi tu banyak sgt.....jadi buat saja setengah adunan untuk makanan 4 org. Cukup la. Di bawah di sertakan resepi yang di ambik dari blog cik mat. Di harap Cik Mat tak mara ya....

BAHAN-BAHANNYA :-)
400 g tepung roti
100 g tepung Hong Kong (mat guna tepung gandum je)
250 ml air
50 g susu tepung
3/4 camca teh bread improver (yg ni resipi asal tak letak)
180 g gula perang (brown sugar) Mat guna 120 g gula halus
100 g mentega
11 g yeast segera
1 camca teh esen vanilla
Beberapa titik pewarna kuning (tak letak sebab habis stok)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan2 di atas dalam satu bekas besar, kecuali mentega. Uli hingga menjadi doh, masukkan mentega sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh yang kenyal. Bulat2 kan doh dan biar 45 minit atau naik.
  2. Tumbuk doh untuk membuang udara, bahagikan kepada 16 bahagian yang sama besar, bulat2kan doh dan susun dalam tin yang telah disapu dengan sedikit mentega. Tutup dengan kitchen towel bersih dan biar kan 1 jam atau hingga naik.
  3. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 15 - 20 minit. Sapu mentega pada permukaan roti sejurus dikeluarkan dari oven. Sejukkan sepenuhnya sebelum dihidang....
Versi dlm bekas





************************************************************************************

gulai kuning ikan merah + nenas


Gulai ikan cara tradisi kelantan.
Bahan-bahan:
kepala ikan merah ( sederhana besar)
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
5 hirisan lengkuas
1 cm kunyit hidup
1 biji cili kering
santan 300 ml.
nenas kecik- di celur dulu.
1 biji lada hijau ( sebagai hiasan )
2 keping Asam keping
garam
gula

Cara-cara:
Blend bawang merah + bawang putih + lengkuas + kunyit dan cili kering sampai lumat.
Dalam periuk, satukan bahan blend, ikan, asam keping dan santan. Jerang atas api sederhana sampai masak. Masukkan bahan perasa. Apabila hampir masak masukkan nenas yang telah di celur tadi beserta lada hijau. Tunggu 5 minit, tutup api, siap untuk dihidangkan.





***************************************************************************************
Sebelum masak, masukkan nenas yang telah di celur tadi beserta cili hijau. Tunggu se

kek marble trio



Buat lagi kek Cik Mat Gebu ni...Marble Trio untuk birthday anak lelaki berusia 6 tahun. Tapi tak pandai nak deco aising....main bantai saja. Terima kasih cik mat kek yang marvelous ni.

Resepi dari blog Cik Mat Gebu:

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 g mentega (guna unsalted butter lagi sedap)
280 g tepung gandum*
1 camca besar susu tepung*
1 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
5 biji telur gred A
1 camca besar ovallate
250 g gula halus
30 g gliserin*
20 ml air*(*disatukan)
1 1/2 camca teh coklat emulco
1 camca teh strawberry emulco
1 /2 camca teh rose essence

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Lenser tin berukuran 8 x 8 x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser kertas tadi dengan sedikit mentega. Ketepikan.
  2. Putar mentega hingga pucat, pada speed sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan alihkan ke dalam mangkuk lain.
  3. Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, masukkan gula halus dan ovallate, putar hingga rata. Masukkan kelima2 biji telur, dan putar pada kelajuan tinggi hingga telur kembang dan kental seperti adunan baulu (macam dalam gambar).
  4. Perlahankan sedikit speed dan masukkan adunan no. 2 sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan masukkan bancuhan air + gliserin, gaul rata.
  5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. 1 bahagian + coklat emulco, 1 bahagian + strawberry emulco dan 1 bahagian + rose essence (yang ini biar plain). Tuang aduan secara berselang seli dalam tin tadi. Lorekkan dengan hujung pisau atau chopstik, pastikan hujung pisau/chopstik sampai ke dasar adunan.
  6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 55 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan.
CATATAN MAT GEBU :- Kalau tak de gliserin, abaikan gliserin dan air, ganti dengan 50 ml susu cair atau whipping cream. Pasal perisa dan pewarna untuk marble tu boleh ikut citarasa masing2. Oven perlu dipanaskan 10 minit sebelum membakar kek.








************************************************************************************

Tuesday, June 2, 2009

pankek ala dorayaki



Anak anak memang suka pankek. Tapi dah boring masak pankek biasa....baik buat ala dorayaki pulak.

Bahan bahan:
1 cwn tepung gandum
1/2 sudu teh garam
1 cwn susu segar
1 susu kecik baking soda
1 biji telur.
2 sudu besar gula halus
1 sudu besar minyakmasak
sedikit esen vanila
inti: kacang merah atau jem.
sedikit air mengikut kepekatan yang disukai.

Cara-cara:
Campurkan kesemua sekali. Gaul biar sekata. ( Lagi bagus kalau di blend semua dlm blender).
Tambah air sedikit kalau nampak pekat sgt.
Guna non-stick pan, ambik satu senduk kecik adunan, tuang ke atas non stick pan. Tunggu sampai keluar bubble. Biar bubble habis meletup dan adunan nampak semuanya dah masak. Tak perlu di balik balik lagi. Terus angkat saja. Letak inti. Tutup inti dgn sekeping lagi pankek.
Buat sampai habis.



**************************************************************************************

Tuesday, May 26, 2009

puding roti simple


Sedap betul puding roti ini. Terima Kasih kepada Tfsalihah dari MyR kerana telah berkongsi resepi mudah ini untuk hidangan petang

Bahan-bahan ( 4-5 orang )
  • 5 Keping roti potong (Gardenia)
  • 1 sb mentega/ butter cup
  • 1/2 cawan gula - kalo nak manis tambahkan lagi
  • 3/4 tin susu cair
  • 3 biji telur
  • 1/2 sk vanilla
  • Kismis dan pewarna

Cara cara

  1. Sapu mentega dengan roti dan carik2 kan roti dan masukkan ke dalam bekas pembakar
  2. Putarkan susu, telur and gula hingga kembang. P/s : (Guna blander pun boleh)
  3. Masukkan sebatian susu, telur dan gula ke dalam bekas pembakar
  4. Bakar pada suhu 220 darjah selama 30 - 35 minit
  5. 15 minit kemudian, tutup suis dan kuarkan. Tabur kismis dan pewarna. Then masukan balik dlm oven.
  6. Sejukan pada suhu bilik dan masukkan kan ke dalam peti ais. Then hidangkan


**************************************************************************************