Followers

Thursday, September 29, 2011

Ayam Goreng Berempah Beriani


Ayam Goreng Berempah Beriani
 

bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam saiz sederhana (dipotong dan dibersihkan)
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar rempah beriani
  • 1 sudu besar rempah kari ikan
  • 1 sudu besar rempah kari daging
  • 1/2 sudu makan serbuk kunyit
  • 1/2 sudu besar serbuk cili
  • sedikit air sejuk (jika perlu)
  • garam dan gula secukupnya
bahan-bahan kisar :
  • 6 batang serai
  • 6 biji bawang merah
  • 1 inci halia
  • 4 ulas bawang putih
Cara-cara :
  1. Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan perapkan 1 jam atau semalaman (simpan dalam peti sejuk).
  2. Sediakan minyak untuk goreng terendam. Apabila sudah cukup panas, gorenglah ayam hingga masak keemasan.
  3. Hidangkan bersama nasi putih atau apa-apa sahaja jenis masakan nasi.

Monday, September 26, 2011

Kek Karamel 1


Resepi dari facebook June Ahmad. (Seri Kembangan)
Terima kasih June kerana berkongsi resepi.
KEK KARAMEL (RESEPI dari MUNIRA BAHARUM)

bahan2:
2 sudu besar gula (ni utk loyang saiz 8")...
kalo guna loyang kecik gula sket, loyang besar gula byk la ye...
jadikan gula hangus supaya kek xmelekat pd loyang...

bhgn atas (karamel):
1/2 tin susu cair
70gm gula castor
1/2 sudu teh esen vanila
3 kuning telur
(kacau sebati lembut je...jgn sampai jd buih ye)

lapisan kek A:
140 gm tepung gandum
70 gm gula castor
3 kuning telur
135 ml air
1 sudu teh baking powder
45 ml minyak
pukul telur kuning,air,minyak hingga kembang...
masukkan gula, pukul kembamg lg hingga naik sekali ganda...
masukkan tepung yg dicampur baking powder...ketepikan...

meringue (B)
6 telur putih
70 gm gula castor
1 sudu krim tar2 (bleh juga guna jus limau nipis)
pukul hingga kembang n tak menitis...
bila kita angkat xturun ke bawah...jd ler meringue tu...

cara:
campurkan bhn A dan B...kacau dgn tangan...sehala...kalo blh buat bentuk s...
***masukkan karamel dlm loyang...
masukkan adunan kek yg telah diwarnakan...selang selikan warnanye...

bakar secara double boiling selama 1 jam...
1/2 jam yg pertama letak loyang dibahagian bwh oven...
1/2 jam akhir alih loyang ke rak atas...
bakar dgn suhu 160-180C...
bila msk, restkan 10 minit baru terbalikkan kek...
masukkan dlm peti sejuk 1 jam dan lepas tu mkn sejuk2...
kalo simpan peti ais tahan 5 hari...

***bg yg xsuka manis letak 50gm je gula dlm setiap adunan ye...so manisnye sedang2 je***

***nk karamel lebih tebal tambah susu cair n kuning telor...mcm dlm gambar ni guna 3/4 tin susu cair + 4 bj kuning telor***