Followers

Sunday, June 21, 2009

Chocolate Chip muffin


Resepi diambil dari blog Kak Ummizaihadi. Sedap..... anak anak cukup suka. Lepas ni kena buat lagi. Buat 1/2 adunan sj sbb ahli keluarga kecik sj.

Bahan A:-
1 cawan butter (cairkan)
2 cawan susu segar
2 biji telor (pukul sikit)
1 sudu kecil esen vanila

Bahan B:-
3 cawan tepung gandum *
1/2 cawan serbuk koko *
2 sudu kecil baking powder *
1/2 sudu kecil soda bikarbonat * (*ayak bersama 2x)
2 cawan gula perang

choc chips secukupnya (*ummi guna 1 cawan)

Cara Membuat:-
Panaskan oven pada suhu 190 C selama 10 - 15 minit. Sediakan muffin papercup dan letak loyang muffin. Masukkan bahan B dalam mangkuk dan gaul rata. Satukan bahan A dan masukkan ke dalam bahan B, kacau rata guna whisker. Jangan terlalu lama, biar elok sebati je, ok. Sudukan ke dalam muffin cup sehingga 3/4 penuh. Taburkan choc chips atas adunan. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan selama 18 - 20 minit. Sejukkan atas redai..


Thanks Kak Ummi.......dan semua ........



**************************************************************************************************************

Wednesday, June 17, 2009

Kueh Bakar




adunan ni cuma 1/2 sahaja dari asal. Dapat la 2 acuan bunga. Memang best betul kueh bakar ni. Rasa macam yang mak mak buat kat kampung.

Resepi ini di beri oleh seorang kawan, resepi rasanya dia ambil dari internet.

Resepi kueh bakar Kak Saba:

  1. 3 1/2 cwn santan
  2. 5~6 biji telor
  3. 2 cwn gula ( tapi manis sgt 2 cwn tu, sesedap rasa kalau guna 1 1/2 cwn shj)
  4. 1/2 cwn air pandan dari 10 helai daun pandan.
  5. 2 cwn tepung gandum
  6. sedikit bijan
Cara-cara:
  1. Gaulkan sebati semua bahan kecuali bijan.
  2. Tapis adunan.
  3. Bakar 180 deg selama 45 min ~ 1 jam. (preheat oven dulu)
  4. Tabur bijan 1/2 jam membakar. Bakar dgn api bawah dulu selama 1/2 jam pertama. Selepas tu bakar dgn api atas pula.
  5. Kalau tiada pandan, gna 4 cwn santan + 1 susu teh pandan emulco.
  6. Potong kueh bila dah sejuk.



************************************************************************************

Thursday, June 4, 2009

Roti Naik

Versi pink colour



versi yellow colour


Tengok semua orang dah cuba buat roti naik, teringin la cuba juga.
Resepi di ambil dari blog Cik Mat Gebu juga. Best Roti ni sbb memang naik dan sangat gebu.
Anak anak sangat suka. Cik Mat punya resepi tu banyak sgt.....jadi buat saja setengah adunan untuk makanan 4 org. Cukup la. Di bawah di sertakan resepi yang di ambik dari blog cik mat. Di harap Cik Mat tak mara ya....

BAHAN-BAHANNYA :-)
400 g tepung roti
100 g tepung Hong Kong (mat guna tepung gandum je)
250 ml air
50 g susu tepung
3/4 camca teh bread improver (yg ni resipi asal tak letak)
180 g gula perang (brown sugar) Mat guna 120 g gula halus
100 g mentega
11 g yeast segera
1 camca teh esen vanilla
Beberapa titik pewarna kuning (tak letak sebab habis stok)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan2 di atas dalam satu bekas besar, kecuali mentega. Uli hingga menjadi doh, masukkan mentega sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh yang kenyal. Bulat2 kan doh dan biar 45 minit atau naik.
  2. Tumbuk doh untuk membuang udara, bahagikan kepada 16 bahagian yang sama besar, bulat2kan doh dan susun dalam tin yang telah disapu dengan sedikit mentega. Tutup dengan kitchen towel bersih dan biar kan 1 jam atau hingga naik.
  3. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 15 - 20 minit. Sapu mentega pada permukaan roti sejurus dikeluarkan dari oven. Sejukkan sepenuhnya sebelum dihidang....
Versi dlm bekas





************************************************************************************

gulai kuning ikan merah + nenas


Gulai ikan cara tradisi kelantan.
Bahan-bahan:
kepala ikan merah ( sederhana besar)
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
5 hirisan lengkuas
1 cm kunyit hidup
1 biji cili kering
santan 300 ml.
nenas kecik- di celur dulu.
1 biji lada hijau ( sebagai hiasan )
2 keping Asam keping
garam
gula

Cara-cara:
Blend bawang merah + bawang putih + lengkuas + kunyit dan cili kering sampai lumat.
Dalam periuk, satukan bahan blend, ikan, asam keping dan santan. Jerang atas api sederhana sampai masak. Masukkan bahan perasa. Apabila hampir masak masukkan nenas yang telah di celur tadi beserta lada hijau. Tunggu 5 minit, tutup api, siap untuk dihidangkan.





***************************************************************************************
Sebelum masak, masukkan nenas yang telah di celur tadi beserta cili hijau. Tunggu se

kek marble trio



Buat lagi kek Cik Mat Gebu ni...Marble Trio untuk birthday anak lelaki berusia 6 tahun. Tapi tak pandai nak deco aising....main bantai saja. Terima kasih cik mat kek yang marvelous ni.

Resepi dari blog Cik Mat Gebu:

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 g mentega (guna unsalted butter lagi sedap)
280 g tepung gandum*
1 camca besar susu tepung*
1 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
5 biji telur gred A
1 camca besar ovallate
250 g gula halus
30 g gliserin*
20 ml air*(*disatukan)
1 1/2 camca teh coklat emulco
1 camca teh strawberry emulco
1 /2 camca teh rose essence

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Lenser tin berukuran 8 x 8 x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser kertas tadi dengan sedikit mentega. Ketepikan.
  2. Putar mentega hingga pucat, pada speed sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan alihkan ke dalam mangkuk lain.
  3. Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, masukkan gula halus dan ovallate, putar hingga rata. Masukkan kelima2 biji telur, dan putar pada kelajuan tinggi hingga telur kembang dan kental seperti adunan baulu (macam dalam gambar).
  4. Perlahankan sedikit speed dan masukkan adunan no. 2 sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan masukkan bancuhan air + gliserin, gaul rata.
  5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. 1 bahagian + coklat emulco, 1 bahagian + strawberry emulco dan 1 bahagian + rose essence (yang ini biar plain). Tuang aduan secara berselang seli dalam tin tadi. Lorekkan dengan hujung pisau atau chopstik, pastikan hujung pisau/chopstik sampai ke dasar adunan.
  6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 55 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan.
CATATAN MAT GEBU :- Kalau tak de gliserin, abaikan gliserin dan air, ganti dengan 50 ml susu cair atau whipping cream. Pasal perisa dan pewarna untuk marble tu boleh ikut citarasa masing2. Oven perlu dipanaskan 10 minit sebelum membakar kek.








************************************************************************************

Tuesday, June 2, 2009

pankek ala dorayaki



Anak anak memang suka pankek. Tapi dah boring masak pankek biasa....baik buat ala dorayaki pulak.

Bahan bahan:
1 cwn tepung gandum
1/2 sudu teh garam
1 cwn susu segar
1 susu kecik baking soda
1 biji telur.
2 sudu besar gula halus
1 sudu besar minyakmasak
sedikit esen vanila
inti: kacang merah atau jem.
sedikit air mengikut kepekatan yang disukai.

Cara-cara:
Campurkan kesemua sekali. Gaul biar sekata. ( Lagi bagus kalau di blend semua dlm blender).
Tambah air sedikit kalau nampak pekat sgt.
Guna non-stick pan, ambik satu senduk kecik adunan, tuang ke atas non stick pan. Tunggu sampai keluar bubble. Biar bubble habis meletup dan adunan nampak semuanya dah masak. Tak perlu di balik balik lagi. Terus angkat saja. Letak inti. Tutup inti dgn sekeping lagi pankek.
Buat sampai habis.



**************************************************************************************