Followers

Wednesday, November 23, 2011

Rolled Cinnamon Bread


Roti yang sangat digemari oleh anak anak.

Bahan bahan:
1. 3 cawan tepung roti
2. 1 biji telur A
3. 3 sudu kecil yis segera
4. 1/2 cawan tepung kek
5. 400 ml susu segar suam
6. 1 sudu kecil bread improver
7. 1 sudu kecil bread softer
8. 4 sudu besar margerin

campurkan kesemua bahan bahan dan uli.......sampai tak melekat ditangan......lama la jugak masa yg diambil...masukkan doh dlm bekas besar.
 Perap selama sejam ( tutup bekas dgn tuala atau kain bersih)


Lepas sejam...tumbuk2 doh keluarkan angin...canai.


1. sapu margerin
2. tabur gula merah
3. tabur cinnamon powder
4. tabur sultana atau kismis


1. start gulung.
2. dah gulung
3. start potong kepada bahagian2 kecik
4. dah potong.


Susun dalam loyang atau mana mana acuan yg disukai.
Tutup sekali lagi dgn tuala/kain bersih
Perap 1 jam lagi.

sejam kemudian
Kemudian bulehlah dibakar dlm oven pada kepanasan 180 degree selama 40 minit...bergantung kepada oven masing masing.


Dah masak...
Utk nampak berkilat, sebaik keluar dari oven, sapukan dgn margerin/mentega...
Tuggu sejuk, hidangkan dgn teh o panas......sedap...

Apam Ambon


Resepi Kak Ummi Kuantan
Bahan-bahan:- (loyang bulat 8 in)
  • 4 biji telur
  • 100 gram tepung halus
  • 2 sudu teh baking powder
  • 110 gram gula halus
  • 2 sudu the ovalette
  • 40 ml susu segar
  • 40 ml minyak masak
  • 2 sudu teh esen ros
  • pewarna

Cara-cara:-
  1. Panaskan pengukus.
  2. Pukul telur, gula halus dan ovalette . Pastikan ia kembang dan gebu.
  3. Kemudian masukkan tepung halus yang telah diayak bersama baking powder. Teruskan memukul.
  4. Masukkan minyak masak dan susu segar. Kacau sehingga sebati.
  5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian.Warnakan.
  6. Sapukan loyang dengan sedikit minyak.
  7. Tuangkan adunan  secara berselang seli. Buat hingga adunan habis.
  8. Alas penutup kukusan dengan kain nipis.
  9. Kemudian kukus selama 30 minit atau sehingga adunan masak iaitu tak melekat pada lidi.

Monday, November 21, 2011

kek coklat tanpa telur


Resepinya: dari blog D.Jack
bahan-bahan :
  • 2 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan serbuk koko
  • 2 sk serbuk penaik
  • 2 sk serbuk soda bikarbonat
  • 1/2 sk garam
  • 2 cawan gula perang lembut / soft brown sugar
  • 3/4 cawan susu perisa coklat
  • 3/4 cawan kopi panas
  • 1 cawan air panas
  • 2 sk esen vanilla
  • 3/4 cawan minyak jagung / minyak sayuran
  • 2 sk jus lemon atau cuka
Cara-cara :
  1. Panaskan oven pd suhu 160C. Sediakan loyang kek yg berukuran 22 sm. Griskan dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung. Seelok2nya dialas dgn kertas minyak.
  2. Sediakan bekas yg agak besar, ayakkan tepung, serbuk koko, serbuk penaik serta soda bikarbonat di dlmnya. Kemudian masukkan gula dan garam. Kacau rata2.
  3. Masukkan air kopi, susu perisa coklat, air panas dan esen vanilla. Kacau sebati dgn menggunakan spatula atau senduk kayu.
  4. Masukkan pula minyak jagung/minyak sayuran. Kacau lagi hingga sebati. Pastikan adunan tidak bergentel. Kalau perlu, tapiskan.
  5. Akhir sekali, masukkan jus lemon atau cuka. Terus kacau cepat2 hingga rata.
  6. Kemudian, tuangkan adunan ke dalam loyang. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak. Kepanasan suhu bergantung pd jenis oven yg digunakan.
  7. Setelah masak, keluarkan kek dari oven dan sejukkan. Hiaskan dgn topping/ganache mengikut citarasa sendiri. Lebih enak dimakan selepas 1 hari.

Sunday, November 13, 2011

kek puding karamel perisa pandan



( resepi dari rakan-rakan facebook)
Resepi dah di ubah sedikit utk loyang kecik.
Terima kasih kepada penyumbang resepi: June Ahmad, Marizah dan Azlita

Guna loyang kecik 7 inci.

bahan2:
1 1/2 sudu besar gula (ni utk loyang saiz 7")...
kalo guna loyang kecik gula sket, loyang besar gula byk la ye...
jadikan gula hangus supaya kek xmelekat pd loyang...

bhgn atas (karamel):
1/2 tin susu cair
50gm gula castor
1/2 sudu teh esen vanila
3 kuning telur
(kacau sebati lembut je...jgn sampai jd buih ye)

lapisan kek A:
  95gm tepung gandum
40 gm gula castor
  2 kuning telur- grade A
100 ml air
  2/3sudu teh baking powder
  30 ml minyak
 sedikit esen pandan
pukul telur kuning,air,minyak hingga kembang...
masukkan gula, pukul kembamg lg hingga naik sekali ganda...
masukkan tepung yg dicampur baking powder...ketepikan...

meringue (B)
  4 telur putih grade A
40 gm gula castor
1 sudu krim tar2 (bleh juga guna jus limau nipis)
pukul hingga kembang n tak menitis...
bila kita angkat xturun ke bawah...jd ler meringue tu...

cara:
campurkan bhn A dan B...kacau dgn tangan...sehala...kalo blh buat bentuk s...
***masukkan karamel dlm loyang...
masukkan adunan kek yg telah diwarnakan...selang selikan warnanye...

bakar secara double boiling selama 1 jam...
1/2 jam yg pertama letak loyang dibahagian bwh oven...
1/2 jam akhir alih loyang ke rak atas...
bakar dgn suhu 160-180C...
bila msk, restkan 10 minit baru terbalikkan kek...
masukkan dlm peti sejuk 1 jam dan lepas tu mkn sejuk2...
kalo simpan peti ais tahan 5 hari...

***bg yg xsuka manis letak 50gm je gula dlm setiap adunan ye...so manisnye sedang2 je***

***nk karamel lebih tebal tambah susu cair n kuning telor...mcm dlm gambar ni guna 3/4 tin susu cair + 4 bj kuning telor***