

Sedap betul puding roti ini. Terima Kasih kepada Tfsalihah dari
MyR kerana telah berkongsi resepi mudah ini untuk hidangan petang
Bahan-bahan (
4-5 orang )
- 5 Keping roti potong (Gardenia)
- 1 sb mentega/ butter cup
- 1/2 cawan gula - kalo nak manis tambahkan lagi
- 3/4 tin susu cair
- 3 biji telur
- 1/2 sk vanilla
- Kismis dan pewarna
Cara cara
-
Sapu mentega dengan roti dan carik2 kan roti dan masukkan ke dalam bekas pembakar
- Putarkan susu, telur and gula hingga kembang. P/s : (Guna blander pun boleh)
-
Masukkan sebatian susu, telur dan gula ke dalam bekas pembakar
- Bakar pada suhu 220 darjah selama 30 - 35 minit
-
15 minit kemudian, tutup suis dan kuarkan. Tabur kismis dan pewarna. Then masukan balik dlm oven.
Sejukan pada suhu bilik dan masukkan kan ke dalam peti ais. Then hidangkan
**************************************************************************************