Resepi kek chiffon oren ini di ambl dari blog Cik Mat Gebu. Namun resepi asalnya datang dari Pennsylvania, USA (My Kitchen Snippets). Nama resepi asal Mandarin Orange Chiffon kek.
Resepinya berbunyi di bawah( copy right straight dari blog Mat Gebu....mengelakkan tersalah tulis gitu):
BAHAN A :-)
1 3/4 cawan tepung berserbuk penaik (self-raising flour*
1/8 camca teh garam halus*(*disatukan dan diayak)
6 kuning telur gred A
1/2 cawan gula halus
1 biji oren, diparut kulitnya
3/4 cawan jus oren
1/4 cawan minyak jagung/sayur
BAHAN B :-)
6 putih telur gred A
3/4 cawan gula halus
1 camca teh cream of tartar
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan oven pada suhu 175C. Dalam satu bekas, pukul kuning telur dengan gula hingga larut, masukkan kesemua bahan2 A dan kacau hingga semua sebati. Ketepikan.
- Dalam bekas lain yang bersih dan kering, putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus dan cream of tartar, terus memutar dengan kelajuan tinggi hingga putih telur kental.
- Ambil 1/2 bahagian putih telur dan gaul dengan no. 1 sehingga rata. Masukkan baki putih telur tadi dan gaul hingga sebati. Taung dalam tin chiffon berukuran 10 inci (JANGAN lenser tin dgn mentega atau minyak), bakar selama 1 jam hingga kek masak. Test dengan mencucuk lidi sate dibahagian tengah kek, jika keluar bersih, kek masak.
- Terlungkupkan kek dan biar betul2 sejuk (dalam 1 - 2 jam), baru disisip tepi kek dengan pisau untuk dikeluarkan. Boleh dihidangkan...
Tapi akak buat cuma 1/3 dari adunan di atas.
BAHAN A :-)
1/2 cawan tepung berserbuk penaik (self-raising flour)*
sedikit saja garam halus*(*disatukan dan diayak)
2 kuning telur gred A
1/6 cawan gula halus (guna cwn penyukat saiz 1/3. Gula 1/2 dari cwn tersebut)
1/3 biji oren, diparut kulitnya
1/4 cawan jus oren
1/12 cawan minyak jagung/sayur (guna cwn penyukat saiz 1/8. Guna 3/4 dari cwn tersebut)
BAHAN B :-)
2 putih telur gred A
1/4 cawan gula halus
1/3 camca teh cream of tartar
Semasa bakar, guna acuan chiffon bersaiz 18 cm........kecik saja tu. Sesuai bagi keluarga yang kecik-kecik.
------------------------------------------------------------------------------------------------